Wednesday, 25 May 2011

Pancake


Bahan-bahan


115g tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1sk krim tartar
25g butter
1 bj telur
150ml susu segar @ susu cair
1sb gula
secubit garam


Cara-cara


Campurkan soda,krim tartar,butter dan tepung.gaul rata.
Masukkan susu,gula,garam dan telur(dipukul terlebih dahulu)dan gaul hingga sebati dan pastikan tidak berketul.Panaskan kuali dan lenserkan dengan sedikit minyak dan tuangkan sesenduk kedalam kuali seperti gambar di bawah.




saya gunakan kuali khas untuk pancake






dan akhir sekali inilah hasilnya emmmm sedapnya..


Apam

Kali ni aku ingin berkongsi resepi apam yang telah aku cuba.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 peket mauripan(yis)
2 cawan nasi (kisar bersama air)
3 cawan air
Kelapa parut + secubit garam

cara membuatnya:

satukan semua bahan kecuali nasi dan air gaul rata dan ketepikan.
kisar nasi bersama air sehingga hancur.dan masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.
Gaul rata dan simpan selama 2 jam.

Panaskan kukusan.Sapukan sedikit minyak pada acuan yang ingin di gunakan dan kukus selama 2 minit.

dan selepas itu boleh la tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan tadi.kukus selama 15-20 minit.Biarkan sejuk seketika dan selepas tu boleh la dimakan bersama kelapa parut .



Ok selamat mencubaaaaaa.MySpace

No comments: