Sunday, 12 June 2011

Kek Kukus Asam Manis

Bahan-bahan

A
5 biji telur
120g gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1sb ovelet
Secubit garam

B
1 sudu teh baking powder
220 tepung gandum
150 ml susu cair
100ml minyak(saya guna minyak jagung)

Cara-cara
Masukkan semua bahan A dan pukul sehingga kembang dan berkrim.Selepas itu masukkan baking powder dan tepung(blh juga diayak terlebih dahulu)dan  diikuti susu dan minyak.gaul sehingga sebati.
Bahagikan adunan mengikut citarasa sendiri samaada 4 bahagian atau tiga bahagian atau selebihnya.
Adunan saya dibahagikan kepada 3 bahagian seperti di bawah ini.





    


Sapukan loyang yang ingin digunakan dengan minyak @butter /blh juga dialaskan dengan kertas.Kukus selapis demi selapis.setiap lapisan diletakkan asam manis/hawflakes seperti contoh di bawah:-

 Lapisan pertama
  Lapisan kedua
                                                                        Lapisan ketiga

Setiap lapisan dikukus antara 3-5 minit


Dan lapisan terakhir antara20-25 minit

 Ha ni la hasilnya.......................
                                           

Biarkan sejuk dan blh la di simpan dalam peti sejuk

MySpace
SELAMAT MENCUBAAAAAAA........

No comments:

Post a Comment