Wednesday, 25 May 2011

Pancake


Bahan-bahan


115g tepung gandum
1sk soda bikarbonat
1sk krim tartar
25g butter
1 bj telur
150ml susu segar @ susu cair
1sb gula
secubit garam


Cara-cara


Campurkan soda,krim tartar,butter dan tepung.gaul rata.
Masukkan susu,gula,garam dan telur(dipukul terlebih dahulu)dan gaul hingga sebati dan pastikan tidak berketul.Panaskan kuali dan lenserkan dengan sedikit minyak dan tuangkan sesenduk kedalam kuali seperti gambar di bawah.




saya gunakan kuali khas untuk pancake






dan akhir sekali inilah hasilnya emmmm sedapnya..


Apam

Kali ni aku ingin berkongsi resepi apam yang telah aku cuba.

Bahan-bahan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 peket mauripan(yis)
2 cawan nasi (kisar bersama air)
3 cawan air
Kelapa parut + secubit garam

cara membuatnya:

satukan semua bahan kecuali nasi dan air gaul rata dan ketepikan.
kisar nasi bersama air sehingga hancur.dan masukkan ke dalam bahan-bahan tadi.
Gaul rata dan simpan selama 2 jam.

Panaskan kukusan.Sapukan sedikit minyak pada acuan yang ingin di gunakan dan kukus selama 2 minit.

dan selepas itu boleh la tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan tadi.kukus selama 15-20 minit.Biarkan sejuk seketika dan selepas tu boleh la dimakan bersama kelapa parut .



Ok selamat mencubaaaaaa.MySpace










PERMATA HATI










Monday, 2 May 2011

aktiviti hujung minggu

Oleh kerna cuti pada minggu ni 3 ari,so aku belek2 la d bahagian resepi nk tengok apa yang blh aku msk.Nak tau apa resepi yg telah aku cuba haaaaaa ni diaaaaa

            KEK KARAMEL PELANGI

Alhamdulillah menjadi gak resepi ni walaupun kali pertama aku mencuba.
sory ni cuma gambar yang telah aku copy paste je,sb kek yang aku bwt x sempat nk ambil gambar......
pa pn aku nk ucap terima kasih kepada empunya resepi.TQ TQ TQ

Kek Karamel


bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)


(B) - Bhagian Atas 

1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)

70gm gula kastor

1/2 sudu teh esen vanila

3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)



(C) - Lapisan Kek

140gm tepung gandum

70gm gula kastor

3 bj kuning telur

135ml air biasa

1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk



(D)Merinque

6 bj putih telur

70gm gula kastor

1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)



Cara menbuatnya:

1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...

2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.

3. pukul bahan (C) 

4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...

5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td satu persatu mengikut warna kesukaan  dan ulang langkah ini sampai siap..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk sebelum di makan




Resepi kedua plk aku bwt kuih Seri Muka emmmmm alhamdulillah cubaan kali kedua menjadi gak akhirnya




.
                            KUIH SERI MUKA

emmmmmm lepas ni blh bwt lg laaaa.




Kuih Seri Muka


Bahan-bahan untuk Lapisan Bawah 

1) Beras pulut (1 1/2 cawan)

2) Santan (2 1/2 cawan)

3) Garam (secukup rasa)



Bahan-bahan untuk Bahagian Atas 
1) Tepung gandum (3/4 cawan)
2) Tepung jagung (1 sudu)
3) Santan (2 1/2 cawan)
4) Pati daun pandan (1 cawan)
5) Telur (2 biji)
6) Gula (1/2 cawan)
7) Garam (sedikit)

Lapisan Bawah:
Campurkan beras pulut, santan, dan garam. Kacau rata.
Masukkan adunan di dalam loyang.
Kukus hingga pulut empuk dan santannya agak kering.
Apabila masak, ketepikan supaya adunan ini sejuk.
Lapisan atas:
Campurkan tepung gandum, tepung jagung, dan sedikit santan. Kacau sebati.
Masukkan telur, gula, baki santan tadi, dan pati daun pandan. Kacau sebati.
Apabila pulut sejuk, rata dan mampatkannya.
Masukkan kembali ke dalam pengukus dan curah adunan lapisan atasnya.Kukus hingga masak.Tunggu sampai sejuk baru di potong.